[Jenis Encoder]

[ Encoder Kenaikan (Incremental) dan Encoder Absolute ]

Motor servo semakin banyak menggunakan encoder absolute yang tidak memerlukan operasi pulang ke asal selepas bekalan elektrik terputus.
Encoder absolute mempunyai pengesan kedudukan absolute untuk mengesan kedudukan dalam putaran dan pengesan berbilang putaran yang mengira bilangan putaran.
Data pengesan berbilang putaran dibackupkan dengan bateri untuk menghalang penghapusan data apabila bekalan elektrik terputus.

Secara umumnya, encoder optik digunakan apabila kepadatan dan resolusi tinggi diperlukan. Bagaimanapun, encoder magnet boleh digunakan apabila ketahanan persekitaran diperlukan. (ketahanan tinggi terhadap kekotoran dan yang serupanya).
Prinsip bagi encoder optik ditunjukkan dalam diagram di bawah.
Sesetengah encoder mencapai resolusi tinggi (1 juta Pulse/putaran), meningkatkan kaedah pengesanan.

Perbandingan Encoder (Umum)

Item Pengekod kenaikan Pengekod mutlak
Output Output nilai kenaikan.
Pulse dioutput bersepadan dengan perubahan dalam sudut putaran.
Output nilai absolute.
Nilai absolute bagi sudut putaran dioutput.
Tindak balas ketika bekalan elektrik terputus Memerlukan operasi pulang ke asal apabila dihidupkan. Tidak memerlukan operasi pulang ke asal apabila dihidupkan.
Harga Pada harga rendah kerana strukturnya yang agak ringkas. Pada harga tinggi kerana strukturnya yang agak rumit.
Struktur
Maklumat tambahan Encoder kenaikan, dengan beberapa belahan optik pada cakera berputar, menukarkan data kedudukan belahan kepada isyarat elektrik dengan mengesan cahaya yang melalui belahan tetap dengan fotodiod. Encoder absolute sentiasa mengesan kedudukan axis motor (encoder absolute dipasang pada axis motor). Encoder tidak memerlukan operasi pulang ke asal apabila dihidupkan kerana ia tidak memerlukan bilangan pulse.